Monday, May 25, 2009

PENYAKIT DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA

Terdapat juga penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangan daripada beberapa kelas-kelas mikroorganisma iaitu seperti bakteria dan virus. Terdapat bakteria (umumnya, kesemua virus adalah penyebab penyakit berjangkit dan tiada yang berguna kepada kita) yang berguna kepada kita seperti Rhizobium sp. yang terdapat dalam nodul-nodul akar pokok kacang tanah yang membantu mengambil dan mengikat nitrogen yang berada di udara, terus ke dalam akar pokok kekacang tersebut untuk dijadikan sebagai sumber nutrien bagi tumbuhan tersebut. Sebagai contoh yang lain, dalam pembuatan minuman beralkohol sebagai contoh, telah mengguna pakai bakteria Callsberg.sp sebagai agen penapaiannya. Namun begitu, yang ingin disentuh di sini adalah mikroorganisma yang berada dalam kelas bakteria dan virus penyebab kepada kemunculan penyakit-penyakit tertentu. Terdapat beberapa contoh mudah, penyakit yang disebabkan oleh serangan bakteria dan virus yang boleh dibincangkan di sini, iaitu;

Thursday, May 21, 2009

Mutasi Genetik

Mutasi ialah perubahan genetik yang berlaku secara tiba-tiba. Mutasi boleh disebabkan oleh agen mutasi (dikenali sebagai MUTAGEN) seperti bahan kimia dan sinaran radioaktif. Terdapat dua jenis mutasi;
  • Mutasi Kromosom
  • Mutasi Gen

Mutasi pada manusia akan menimbulkan ciri-ciri yang tidak diingini.

Semua organisma berupaya untuk mengalami perubahan ( mutasi ) pada DNA ( Asid Deoksiribonukleik ). Kod genetik yang mengalami mutasi boleh diwariskan kepada keturunan. Kebanyakan hasil mutasi adalah bersifat MERUGIKAN misalnya kegagalan proses pembekuan darah ( penyakit Hemofilia ) dan penyakit kekurangan Haemoglobin atau lebih dikenali sebagai penyakit Thalassaemia (dikenali juga sebagai penyakit 'kurang darah' ).

Wednesday, May 20, 2009

Sekilas Pandang....

Penyakit Genetik atau kelainan genetik adalah keadaan yang disebabkan oleh satu atau lebih gen dalam set pasangan kromosom manusia.
Beberapa penyebab penyakit genetik antara lain;

* Jumlah kromosom seperti dalam kes sindrom Down (adanya pertambahan satu kromosom pada pasangan kromosom yang ke-21) dan kes sindrom Klinefelter (laki-laki dengan 2 kromosom x , iaitu mempunyai XXY)
* Gen yang tidak normal yang diturunkan dari ibu atau bapa juga adalah termasuk dalam kumpulan penyakit genetik.
* Penyakit genetik juga dikenal dengan istilah 'Penyakit Keturunan". Keadaan ini terjadi ketika individu yang lahir daripada dua individu yang sihat, telah mewarisi gen yang rosak dan bersifat 'dominan' (kuat), tetapi BOLEH juga terjadi ketika gen yang rosak tersebut diwariskan dalam keadan bersifat 'resesif' (lemah) tetapi berada dalam keadaan sepasang gen yang 'HOMOZIGUS' (dalam keadan ini pasangan gen itu dikenali sebagai 'Homozigus resesif').

Pada waktu ini, terdapat dalam sekitar 4000 penyakit genetik yang sudah dikenalpasti. Kebanyakan penyakit genetik ini adalah bersifat 'gen yang resesif' dengan hanya terjadi pada 1 individu dari sekitar ribuan atau bahkan jutaan dalam sesuatu masa.